Wanita dan kasut berpisah tiada. Hal ini jugalah yang menjadikan segelintir wanita sanggup menyakiti diri sendiri demi kelihatan lebih menarik, terutamanya pada bahagian kasut. Tahukah anda bahawa terdapat kasut kesihatan yang telah dipasarkan khas untuk para wanita dengan tujuan berfesyen di samping menjaga kesihatan?

Sungguh kami mengerti, berasa sedikit sakit pada bahagian kaki itu mungkin diibaratkan seperti pengorbanan kecil oleh kaum wanita dalam berfesyen. Walau bagaimanapun, para wanita perlu tahu bahawa pemakaian kasut yang gagal memberikan kesesuaian dan sokongan, boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada pada bahagian kaki, termasuklah plantar fasciitis, tendonitis dan arthritis.

Selain itu, kaum wanita juga lebih cenderung untuk menghidap penyakit kaki tambahan seperti bunion dan hammertoes, yang sebahagiannya adalah genetik, atau disebabkan oleh tindakan mereka yang gemar, “smushing their feet into narrow toe boxes”. Disebabkan itulah, amat penting untuk kaum wanita mencari kasut yang bersesuaian untuk bergaya di samping mengekalkan kesihatan kaki.

kasut kesihatan untuk wanita

Kami bersetuju jika anda berkata bahawa pemilihan kasut wanita itu membantu dalam mempamerkan personaliti dan kekuatan diri. Oleh itu, jika anda benar-benar ingin bergaya bersama kasut yang terbaik, maka mulakanlah dengan penggunaan kasut kesihatan MediFeet khas untuk wanita.

InshaAllah, kasut kesihatan MediFeet yang mempunyai pelbagai design ini sesuai digayakan oleh wanita pelbagai peringkat umur di luar sana, kerana ia mampu membantu anda untuk kekal bergaya di samping menjamin keselesaan postur kaki.

Adakah Penting untuk Mendapatkan Kasut Kesihatan?

Dalam kehidupan kita ini, bukan makanan sahaja yang penting ya! Penjagaan kaki juga sama pentingnya kerana ia mampu melindungi kaki daripada kuman, kecederaan, postur yang tidak betul dan yang paling penting sekali, ia boleh menjadikan pakaian kita tampak lebih hebat.

Ramai wanita mengambil mudah tentang sakit kaki yang dihadapi setiap hari, dek kerana pemakaian kasut tumit tinggi mahupun kasut yang tidak bersesuaian dengan kaki mereka. Kesakitan seperti ini tanpa disedari, akan mengganggu aktiviti harian dan juga produktiviti mereka pada masa akan datang.

Tahukah anda bahawa kelebihan memilih kasut kesihatan untuk wanita ini bukan sahaja untuk menjaga postur kaki semata? Ia juga mendatangkan kelebihan seperti yang berikut:

  • Membantu menampung impak berat badan.
  • Melindungi sendi-sendi dan pergelangan kaki.
  • Meminimumkan impak kesakitan pada tubuh badan.
  • Mengelakkan masalah sakit kaki, tumit, belakang dan leher.
  • Menghindar bau-bauan yang kurang menyenangkan jika kaki berpeluh.

Kesimpulannya, kasut yang kita pakai ini seharusnya melindungi dan bukan menyakiti! Jadi, pilihlah kasut yang sesuai mengikut jenis aktiviti yang anda perlu sertai, kerana setiap kasut adalah direka mengikut kesesuaian daya lasak aktiviti tersebut.

Juga, pastikan anda sentiasa mencuba kasut dengan stoking yang betul, misalnya stoking sukan atau apa jua jenis stoking yang dipakai sewaktu bersenam. ‘Dengarkan’ kaki anda! Sekiranya anda mencubanya dan kaki berkata TIDAK, maka cubalah pasangan kasut dan stoking yang lain, sehingga anda menemui yang betul-betul sesuai.

Kasut MediFeet, Kasut Kesihatan Untuk Wanita

Bagi anda yang inginkan kasut kesihatan dan tetap tampil bergaya, anda boleh dapatkan kasut MediFeet ini. Hal ini kerana, kasut MediFeet merupakan kasut kesihatan yang direka khas untuk wanita bekerjaya agar mereka dapat memaksimumkan prestasi dan produktiviti pekerjaan dengan lebih baik.

kasut kesihatan untuk wanita
Antara ciri-ciri yang terdapat pada kasut kesihatan MediFeet untuk wanita.

Apa yang lebih istimewa ialah, kasut kesihatan MediFeet untuk wanita ini juga didatangkan dengan pelbagai jenis model dan reka bentuk yang bersesuaian dengan majlis atau aktiviti yang anda perlu hadiri.

kasut kesihatan untuk wanita
Antara rekaan kasut yang terdapat di MediFeet.

Cari Kami di Sini | Kasut Kesihatan MediFeet Untuk Wanita

Warga Shah Alam ataupun Lembah Klang yang berminat untuk mendapatkan kasut MediFeet ini, anda boleh kunjungi kedai kasut MediFeet Eimanazz Medic Boutique yang beralamat di, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Jangan risau kalau tak jumpa, sebab anda boleh tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Eimanazz Medic Boutique juga mempunyai cawangan Kedai Kasut MediFeet di Teluk Intan, Perak ya! Jadi, anda tidak perlu berjalan jauh merentasi negeri untuk mendapatkan kasut MediFeet ini. Kedai kasut Medifeet di Teluk Intan ini berlokasi di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Anda tidak biasa dengan kawasan Teluk Intan ini? Jangan risau … Tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Jika anda tidak pasti apa yang perlu dicari di kedai nanti, anda boleh terus bertanya kepada staf kami. InshaAllah, mereka juga telah dilatih sebaiknya untuk membantu para wanita dalam pencarian kasut kesihatan yang selesa dan terbaik.

MediFeet, pilihan yang lebih sihat untuk kasut yang lebih trendy!

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 011-26756943 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.