Umrah dan Haji merupakan ibadah yang amat diimpikan oleh seluruh umat Islam. Namun, untuk menjayakan ibadah Umrah atau Haji ini, anda memerlukan tenaga dan kekuatan sebaiknya daripada bahagian kaki, kerana ia memerlukan anda untuk berdiri lebih lama dan berjalan jauh daripada biasa. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk mencuba kasut kesihatan MediFeet ini dalam menunaikan ibarah Umrah atau Haji.

Ia bukan sahaja selesa, malahan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada kaki anda. Walaupun kesakitan kaki setelah beribadah itu mempunyai pahala yang tersendiri, tetapi adalah lebih baik jika kita kurangkan risikonya terlebih dahulu. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Jadi kepada bakal Ihram semua, mari dapatkan kasut kesihatan MediFeet yang sangat sesuai digunakan untuk Umrah dan Haji ini. InshaAllah, anda pasti berpuas hati!

Mengapa Kasut Kesihatan MediFeet Ini Sesuai untuk Ibadah Umrah dan Haji?

Kasut kesihatan MediFeet ini sememangnya sesuai untuk ibadah Umrah dan Haji, kerana ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan sepasang kasut ini adalah khusus dan sesuai untuk setiap masalah kesakitan serta keadaan kaki pelanggan.

Yang paling menariknya, kasut kesihatan MediFeet ini sangat selesa dipakai walaupun di kawasan beriklim panas. Jadi, jika Tuan Puan ingin mengerjakan ibadah Umrah atau Haji nanti, inshaAllah kepanasan tersebut tidak akan terasa. Apa yang Tuan Puan akan rasa hanyalah keselesaan sepanjang beribadah!

Untuk pengetahuan Tuan Puan, keunikan kasut kesihatan MediFeet ini pula terletak pada alas di bahagian dalam kasutnya tau! Alas di bahagian kaki tersebut telah dilapik menggunakan komposit khas yang dikenali sebagai ‘Poron‘.

Poron‘ ini mempunyai banyak kelebihan iaitu:

  1. Insole yang diperbuat daripada ‘Poron‘ mampu menyerap kesan hentakan berjalan dan berat badan.
  2. Mengurangkan kesan hentakan pada tapak kaki, lutut, pinggang, tulang belakang dan leher.
  3. Mempunyai sokongan ortotik yang menyokong lengkung tapak kaki secara menyeluruh.
  4. Material mikrofiber yang tidak mudah mengelupas, merekah atau naik kulat. Hanya perlu lap dengan kain basah jika terkena kotoran.

Menarik sungguh penggunaan kasut kesihatan MediFeet ini untuk ibadah Umrah dan Haji kan? Kami pasti, jika Tuan Puan mendapatkan kasut kesihatan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan proses ibadah tersebut.

Tips untuk Umrah dan Haji Bersama Kasut Kesihatan MediFeet

Untuk kekal sihat dan cerdas semasa menunaikan Umrah dan Haji, penjagaan kaki amatlah penting untuk dititikberatkan. Hal ini kerana, Tuan Puan berkemungkinan untuk mengalami sakit pada bahagian kaki, tumit, sendi, tulang belakang dan sebagainya. Kemungkinan sakit seperti ini pasti akan menyebabkan ibadah tersebut juga terganggu.

Oleh itu, kami di Eimanazz Medic ingin memberikan beberapa tips penjagaan kaki semasa Umrah dan Haji. Terdapat 4 tips yang boleh Tuan Puan praktikkan ketika ibadah Umrah dan Haji iaitu:

1. Bawa Sandal Saraf

Sandal saraf ini boleh disediakan oleh Tuan Puan sebelum pergi Umrah dan Haji. Sandal saraf ini boleh dipakai ketika Tuan Puan berada dalam keadaan Ihram, kerana ia mencukupi syarat. Nanti, bolehlah Tuan Puan gunakan sandal tersebut untuk pergi dan pulang ke masjid, membeli belah serta berziarah.

2. Wajib Miliki Kasut Kesihatan MediFeet untuk Umrah dan Haji

Kasut kesihatan MediFeet ini juga sangat penting dan boleh dipakai dari Malaysia, kerana ia sangat selesa untuk dipakai ketika menguruskan hal-hal di lapangan terbang dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, Tuan Puan juga boleh menggunakan kasut kesihatan untuk Umrah dan Haji ini semasa berziarah atau pergi ke masjid di Tanah Suci nanti. Apa yang pasti, dengan bantuan kasut kesihatan MediFeet ini, inshaAllah ia dapat membantu Tuan Puan untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji dengan penuh fokus tanpa sebarang kesakitan pada bahagian kaki.

3. Deo Spray Kaki

Deo spray kaki juga sangat penting untuk penjagaan dan kesejahteraan kaki anda. Bagi Tuan Puan yang mempunyai masalah kaki kerap berpeluh dan berbau, penggunaan deo spray kaki ini boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.

4. Krim Kaki

Krim kaki juga sangat penting semasa menunaikan Umrah dan Haji ya! Hal ini kerana, suasana di Mekah dan Madinah agak kering sehingga ia boleh menyebabkan tumit kaki Tuan Puan untuk turut mengering atau merekah.

InshaAllah, penggunaan krim kaki sepanjang menunaikan ibadah Umrah dan Haji ini boleh membantu mengelakkan kekeringan kaki dan mengekalkan kelembapannya dengan lebih baik, agar Tuan Puan sentiasa berasa segar dan selesa.

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.