“Susah betul nak cari kasut yang selesa. Walaupun saiz dah betul, tapi kaki tetap sakit dan melecet bila banyak berjalan.” Kami yakin, anda mesti pernah mengungkapkan keluhan atau pernah mendengar keluhan sebegini juga kan? Jika anda bercadang untuk mencari kasut yang sesuai untuk semua aktiviti tetapi tidak tahu di mana, kedai kasut MediFeet di Shah Alam kan ada? Nak tahu di mana? Sudah tentulah di Eimanazz Medic Boutique.

Eimanazz Medic Boutique sedia membantu anda dalam mendapatkan kasut kesihatan yang bergaya. Bak kata orang, tetap bergaya di samping menjaga kesihatan! Jadi, mari ikut rapat perkongsian kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kasut MediFeet ini.

Apa Itu MediFeet? | Kedai Kasut MediFeet Shah Alam

kedai kasut medifeet shah alam

MediFeet merupakan sejenis kasut ortopedik yang direka khas dengan ciri super-cushioning, serta selesa dengan pelbagai ciri perubatan, terapeutik dan perlindungan. Apa yang paling penting ialah, ia turut mesra pengguna dalam menyelesaikan semua masalah kaki anda. InshaAllah, anda akan berasa seperti ‘awan—lembut’ sebaik sahaja memakai kasut kesihatan daripada kedai MediFeet Shah Alam.

Bukan itu sahaja, kasut MediFeet ini adalah direka khas untuk golongan yang memerlukan penjagaan khas, termasuk penghidap kencing manis, pesakit artritis dan lain-lain keadaan perubatan. Dalam bahasa yang lebih mudah, kasut MediFeet ini diibaratkan sebagai pembedung kaki anda daripada sebarang kesakitan tambahan.

Reka bentuk footbeds pada kasut MediFeet pula telah direka dengan penuh ketelitian menggunakan bahan terbaik seperti pelapik memori gred tinggi, serta sistem ortotik berkontur untuk mencipta kusyen yang membentuk kaki dan menyerap hentakan bagi setiap langkah yang anda ambil. Ia juga berbentuk anatomi untuk membantu menyebarkan berat badan secara merata dan memberikan anda langkah yang lebih selesa.

Dalam kebanyakan kes, alas kaki kasut kami juga boleh ditanggalkan, terutamanya untuk pesakit kencing manis. Hanya perlu gantikan dengan yang baharu, atau dengan ortotik yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan runnability anda dalam beberapa saat.

Siapa yang Perlu ke Kedai Kasut MediFeet Shah Alam Ini?

Kasut MediFeet adalah direka untuk semua peringkat umur bermula daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Golongan yang mempunyai gejala di bawah juga boleh mendapatkan kasut MediFeet untuk kesejahteraan kaki anda:

  • Sakit sendi. Ia merupakan keradangan dan pembengkakan rawan pada lapisan sendi. Peningkatan cecair yang berlaku dalam sendi akan menyebabkan kaki anda kaku dan menyakitkan.
  • Bunion. Bunion merujuk kepada tulang yang membesar di pangkal ibu jari kaki, atau tisu sendi yang telah terkeluar daripada tempatnya. Ini menyebabkan ibu jari kaki menarik ke arah jari kaki yang lebih kecil, mengubah bentuk kaki tersebut.
  • Plantar fasciitis. Ini adalah keradangan jalur tisu penghubung yang dipanggil fascia yang menghubungkan tumit ke pangkal jari kaki di sepanjang bahagian bawah kaki.
  • Sakit tumit. Tulang tumit adalah tulang terbesar di bahagian kaki. Sakit tumit boleh datang melalui pelbagai punca seperti taji tumit (mendapan kalsium) dan tendonitis.
  • kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi berkaitan kaki, seperti kerosakan saraf dan kelemahan dalam peredaran darah, yang boleh mengakibatkan ulser kaki diabetes di bahagian bawah kaki.

Keadaan di atas ini sering menyebabkan sesetengah golongan, terutamanya warga emas untuk mencari kasut yang boleh menampung perubahan pada kaki mereka. Kasut jenis loafers, sebagai contoh, selalunya boleh menjadi terlalu ketat untuk orang dewasa yang lebih tua dengan edema atau dipanggil sebagai bengkak.

Pentingnya Mencari Kasut yang Sesuai

Mencari kasut yang betul adalah penting bagi mereka yang menghidap diabetes. Hal ini kerana, kulit pesakit diabetes adalah sangat sensitif. Ruang pada kasut mereka tidak boleh terlalu terhad, kerana ia mampu menyebabkan lecet dan luka yang sukar sembuh. Disebabkan itulah, terdapat satu syarikat yang membuat kasut khusus untuk pesakit kencing manis, seperti MediFeet.

Untuk pengetahuan anda, kasut MediFeet turut menggunakan bahan ‘Poron‘ yang unik dalam rekaan kasut kesihatannya. Kasut ini juga adalah anti-geseran dan anti-lelasan, kerana bahannya yang berliang itu akan menyerap tekanan atau beban dan memudahkan kaki pengguna untuk bergerak dengan lebih baik. Teknologi Kawalan Luka (TKL) sebeginilah yang menjadikan bahan ini sangat sesuai untuk digunakan para penghidap diabetes.

Antara masalah yang berpunca daripada pemilihan kasut yang tidak sesuai.

Selain itu, kasut MediFeet di kedai Eimanazz Shah Alam juga direka menggunakan material khusus untuk setiap keadaan kesihatan kaki tertentu. Ia turut disesuaikan untuk menahan haba dalam iklim yang lebih panas, menjadikan ia salah satu kasut kesihatan yang amat fleksibel.

Tambahan lagi, bahagian dalam kasutnya pula diperbuat daripada kain mikro fiber dan kulit. Jika anda seorang yang mudah berpeluh, anda tidak perlu risau kerana kasut MediFeet ini cepat kering dan tidak akan menghasilkan sebarang bau dengan mudah.

Lokasi Kedai Kasut MediFeet Shah Alam

kedai kasut medifeet shah alam
suasana di Kedai Kasut MediFeet Shah Alam

Warga Shah Alam ataupun Lembah Klang yang berminat untuk mendapatkan kasut MediFeet, anda boleh kunjungi kedai kasut MediFeet Eimanazz Medic Boutique yang beralamat di, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Jangan risau kalau tak jumpa! Anda boleh tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps. MediFeet, pilihan yang lebih sihat untuk kasut yang trendy!

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.