Sakit kaki merupakan satu mimpi ngeri buat segelintir individu, terutama golongan yang sudah berusia. Hal ini kerana, sakit kaki akan menyebabkan kepayahan untuk bergerak, serta membataskan aktiviti seharian. Namun dengan kasut yang betul, ia mampu membantu golongan sebegini untuk kekal lebih aktif. Tetapi, di mana pula nak cari kedai kasut sebegini terutama di sekitar Perak? Haaa, mari kami kongsikan tentang satu kedai kasut MediFeet di Teluk Intan, Perak ini.

Apakah Itu Kasut MediFeet? | Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan

MediFeet ni merupakan kasut ortopedik yang menyokong struktur kaki, buku lali dan kaki, dengan tapak kasut yang lebih stabil serta bahagian tumit yang lebih kukuh. Golongan yang mempunyai keadaan kaki yang kurang normal adalah lebih cenderung memerlukan kasut ortopedik sebegini.

Terdapat juga warga emas yang memerlukan kasut ortopedik kerana badan mereka sukar ditampung oleh kedua belah kaki, dek kerana usia. Jadi, mereka lebih memilih untuk mendapatkan kasut yang mudah untuk dipakai dan memberikan keselesaan tambahan.

Bagi warga emas atau golongan sebegini, sepasang kasut juga boleh menjadi lebih daripada sekadar sepasang kasut. Hal ini kerana, sesuatu yang dianggap mudah seperti sepasang kasut ini sebenarnya boleh memberikan perbezaan besar dalam kehidupan mereka dari segi penjagaan, pencegahan dan mengelakkan kesulitan pada bahagian kaki yang bermasalah.

Kedai kasut medifeet teluk intan
Kasut kesihatan MediFeet yang selesa dan trendy.

Anda jangan tidak tahu, kasut MediFeet ini telah banyak digunakan di dalam golongan masyarakat kita hari ini tau! Hal ini kerana, terdapat banyak kebaikan dan kelebihan kasut MediFeet ini yang mungkin mampu mengubah hidup anda sekelip mata. Memandangkan kaki adalah organ tubuh yang paling penting, maka pemilihan kasut juga dikira sebagai penting selain dijadikan sebagai pakaian untuk aktiviti harian.

Tahukah anda, pemakaian kasut yang salah itu boleh menyebabkan masalah kesihatan? Ia mungkin kelihatan dan rasa biasa pada mulanya, namun di kemudian usialah rasa sakit tersebut akan berlarutan jika tidak dirawat. Oleh itu, marilah dapatkan kasut ortopedik ini di kedai kasut MediFeet, Teluk Intan, untuk kesejahteraan kaki anda.

Dapatkan Kasut yang Selesa di Kedai Kasut MediFeet Teluk Intan

Jangan risau warga Perak, khususnya di Teluk Intan, anda tidak perlu berjalan jauh merentasi negeri untuk mendapatkan kasut MediFeet ni! Hal ini kerana, kedai kasut Medifeet di Teluk Intan adalah berlokasi di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Anda tidak biasa dengan kawasan Teluk Intan ini? Jangan risau … Tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Kasut Selesa untuk Kaki yang Istimewa

MediFeet juga merupakan kasut perubatan pilihan Pakar Podiatri terkemuka yang menepati kesihatan, keselesaan dan juga gaya. Kasut MediFeet ini turut menggunakan teknologi perubatan terkini dalam memenuhi keperluan pelanggan yang memerlukan kasut penjagaan khas, seperti pesakit Diabetes, Plantar Fasciitis dan pelbagai lagi keadaan perubatan lain.

Antara keistimewaan kasut MediFeet ini ialah tapak Coolmax Lining Insolenya yang berfungsi untuk memastikan kaki anda kekal kering beraktiviti seharian. Apa yang lebih menarik ialah, sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh, anda tidak perlu lagi risau kerana kasut MediFeet ini direka dengan teknologi yang membuatkan kasut sentiasa kering dan sejuk. InshaAllah, kasut yang dipakai juga akan terasa lebih ringan.

Kebiasannya, kasut sebegini memerlukan penjagaan yang rapi dan tidak boleh dipakai untuk aktiviti lasak. Tetapi, bagaimana pula jika anda perlu menggunakannya setiap hari?

Jangan risau, kerana kasut MediFeet sememangnya memiliki daya ketahanan yang tinggi. Jadi, anda juga boleh menggunakan kasut Medifeet ini untuk aktiviti-aktiviti lasak kerana ketahanannya adalah sehingga 2 tahun! Kini anda sudah tidak perlu lagi untuk kerap bertukar kepada kasut yang baru. Kalau anda fikir kedai kasut MediFeet di Teluk Intan ini hanya menjual kasut semata-mata, anda silap tau!

kedai kasut medifeet teluk intan
Bagaimana Poron berfungsi sebagai anti-shock.

Selain itu, kasut MediFeet ini juga mempunyai ketahanan panjang kerana material pembuatannya yang bersifat kalis air dan juga anti-shock. Hal ini disebabkan, terdapatnya lapisan material yang dipanggil ‘Poron‘.

Untuk pengetahuan anda, Poron ini memiliki fungsi yang sangat hebat kerana ia boleh meresap beban tubuh badan semasa anda berdiri atau berjalan. InshaAllah, kaki anda juga tidak akan mudah berasa lenguh dan sakit selepas ini. Jadi, tunggu apa lagi? Untuk dapatkan kasut terbaik ini, pastikan anda beli daripada kedai MediFeet Teluk Intan.

Siapa yang Harus Memiliki Kasut MediFeet?

Kasut MediFeet ini amat disarankan buat golongan yang sering mengalami sakit-sakit kaki, sukar berjalan, atau tidak boleh berdiri terlalu lama. Ia juga sesuai untuk pesakit diabetes, artritis, bunion, sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis dan sakit sendi.

Apa yang lebih menarik ialah, anda juga boleh menempah kasut MediFeet ini mengikut kesesuaian kaki anda! Kaki anda dijamin akan berasa lebih selesa dan sihat selepas ini.

kedai kasut medifeet teluk intan
variasi pilihan kasut MediFeet yang kasual

Anda juga tidak perlu risau dengan variasi kasut yang terdapat di kedai kasut MediFeet Teluk Intan ini. Hal ini kerana, kasut MediFeet kami direka khas untuk semua peringkat umur.

Bermula daripada anak kecil sehinggalah ke warga emas, kasut sekolah sehingga ke kasut bekerja, kasut kasual sehingga ke kasut aktiviti lasak, semuanya terdapat di kedai kasut MediFeet Teluk Intan kami ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah datang dan bertanya kepada team di kedai kami, dan mereka pasti akan membantu!

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.