Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kasut serta jenama yang berada di pasaran. Tetapi, pernahkah Tuan Puan mendengar atau mengetahui tentang kasut kesihatan MediFeet di Shah Alam?

Untuk pengetahuan Tuan Puan, kasut kesihatan MediFeet di Shah Alam ini digunakan untuk membantu memberi keselesaan kepada pengguna, serta menyediakan sokongan yang terbaik untuk kaki anda. Jom ikuti perkongsian kami, jika Tuan Puan ingin ketahui tentang kasut kesihatan ini dengan lebih lanjut.

Kelebihan Kasut Kesihatan MediFeet Shah Alam

Penjagaan kaki adalah sangat penting bagi setiap individu, kerana kaki merupakan anggota badan yang amat diperlukan bagi tujuan pergerakan. Bayangkan jika kaki anda sakit, pasti pergerakan juga akan terbatas.

Walaupun Tuan Puan mengusahakan penjagaan kaki yang baik, namun pemilihan kasut yang salah mampu memberikan impak negatif kepada anggota badan tersebut. Oleh hal yang demikianlah, kasut kesihatan MediFeet ini telah diperkenalkan kelebihannya buat warga Shah Alam dan seluruh Malaysia untuk membantu anda semua.

1. Sokongan yang Terbaik Untuk Kaki

Kasut kesihatan MediFeet ini merupakan sokongan yang terbaik untuk kaki Tuan Puan semua. Hal ini kerana, kasut kesihatan MediFeet diciptakan khas untuk menyokong kaki manusia yang memiliki lebih daripada 100 bilion saraf.

Tambahan pula, hampir keseluruhan saraf utama yang menyokong fungsi badan manusia adalah terletak di bahagian telapak kaki. Oleh itu, pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting untuk kesihatan seluruh tubuh badan Tuan Puan.

2. Merangsang Deria Rasa Supaya Koordinasi Otot Dapat Bergerak Dengan Baik

Dengan menggunakan kasut kesihatan MediFeet, ia mampu merangsang deria rasa Tuan Puan supaya koordinasi otot dapat bergerak dengan baik. Namun, mengapa perlunya untuk merangsang deria rasa?

Hal ini kerana, sekiranya sistem saraf Tuan Puan terganggu atau rosak, ia boleh menjadi punca kepada gejala kaki berdenyut, rasa seperti terbakar atau mencucuk, dan yang paling teruk sekali iaitu kehilangan deria rasa di bahagian tapak kaki. Oleh itu, merangsang deria rasa untuk otot ini sememangnya penting bagi mencegah sebarang kesakitan berkaitan otot.

3. Mencegah Sakit Tulang Belakang dan Arthritis

Untuk pengetahuan Tuan Puan, tulang belakang merupakan tulang yang menyokong berat badan manusia. Oleh itu, jika seseorang itu tidak mampu berdiri dengan baik dalam jangka masa yang lama, segala otot dan ligament di sekeliling tulang belakang akan menjadi tegang dan di situlah sebarang kesakitan akan bermula.

Manakala arthritis pula merupakan suatu jenis penyakit yang mampu mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Penyakit ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kerosakan sendi. Oleh hal yang demikian, bagi Tuan Puan yang ingin memulakan penjagaan kesihatan kaki dan badan, maka kasut kesihatan MediFeet inilah merupakan pilihan yang tepat buat anda.

4. Merawat Sakit Sendi dan Tumit

Bagi Tuan Puan yang kerap berdiri dan berjalan terutama sewaktu bekerja, anda pasti lebih kerap merasakan kesakitan sendi dan tumit, bukan? Hal ini kerana, tumit merupakan tulang terbesar dalam memainkan peranannya sebagai penyokong berat badan dan menyerap tekanan ketika berjalan.

Bukan itu sahaja, sebarang kesakitan pada bahagian sendi juga mempunyai kaitan dengan tumit kerana ia berperanan dalam membentuk hubungan di antara tulang dan berfungsi dalam memberikan sokongan serta bantuan untuk Tuan Puan bergerak. Oleh itu, dengan pemakaian kasut kesihatan MediFeet ini, InshaAllah ia mampu merawat serta mengurangkan sakit sendi dan tumit yang Tuan Puan alami.

Wah, banyak sungguh kelebihan kasut kesihatan MediFeet dalam menjaga kesihatan Tuan Puan! Bak kata orang, penggunaan kasut yang betul ini bukan sahaja dapat membantu serta merawat masalah kesihatan, malahan ia juga boleh membantu Tuan Puan untuk tampil lebih bergaya.

Siapa yang Perlu Pakai Kasut Kesihatan MediFeet Shah Alam?

Kasut kesihatan MediFeet ini diciptakan khas buat Tuan Puan yang sangat mementingkan kesihatan, tanpa mengira peringkat umur. Hal ini kerana, kasut kesihatan MediFeet ini sememangnya sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak, orang-orang dewasa, mahupun mereka yang sudah berumur.

Walaupun umur kanak-kanak masih muda, namun penggunaan kasut kesihatan MediFeet juga amat digalakkan buat mereka. Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak merupakan individu yang paling aktif terutama sekali apabila di sekolah, melalui segala aktiviti seperti kurikulum dan kokurikulum.

Selain itu, kanak-kanak yang lebih cenderung ke arah bermain dan berlari juga boleh mengakibatkan sakit kaki di usia muda ataupun di kemudian usia. Oleh itu, kami di Eimanazz amat menyarankan penggunaan kasut kesihatan MediFeet yang mempunyai pelbagai pilihan design dan saiz khas untuk anak-anak.

Bukan itu sahaja, buat Tuan Puan yang bekhidmat sebagai frontliners, buruh, guru dan sebagainya, maka penggunaan kasut kesihatan Medifeet dari Shah Alam ini sememangnya sangat sesuai untuk anda! Jika sakit belakang, tumit dan sendi Tuan Puan dapat dikurangkan, InshaAllah hasil kerja anda juga akan lebih produktif selepas ini.

Lokasi Kasut Kesihatan MediFeet Shah Alam

Bagi anda yang berada di kawasan Klang, Shah Alam, Setia Alam dan sekitarnya, anda boleh kunjungi Eimanazz di kedai kasut kesihatan MediFeet Shah Alam di alamat, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.