Tahukah anda bahawa di Teluk Intan, Perak, Malaysia juga terdapat sebuah kedai kasut kesihatan MediFeet yang boleh membantu masalah kesakitan kaki anda? Ya, betul. Kedai kasut kesihatan MediFeet di Teluk Intan ini sememangnya diwujudkan bagi membantu Tuan Puan dalam perihal kesihatan kendiri.

Untuk makluman anda, kedai kasut kesihatan MediFeet di Teluk Intan ini turut menjual pelbagai jenis design kasut kesihatan yang boleh anda miliki! Sambil bergaya, bolehlah anda menjaga kesihatan sekali.

Namun, mengapa wujudnya kasut kesihatan ini? Hal ini kerana, hampir keseluruhan saraf utama pada tubuh badan manusia adalah terletak di bahagian kaki. Oleh itu, dengan penggunaan kasut kesihatan MediFeet ini, ia dapat membantu merawat dan mencegah anda semua daripada sebarang kesakitan kaki yang tidak diingini.

Perbezaan Kasut Kesihatan MediFeet Teluk Intan Dengan Kasut yang Berada di Pasaran

Kasut kesihatan MediFeet ini sememangnya berbeza dengan kasut yang berada di pasaran luar sana. Hal ini kerana, kasut kesihatan MediFeet merupakan pakar dalam kesihatan dan kesejahteraan bagi orang-orang yang memerlukan penjagaan khas kaki, termasuklah untuk masalah kesihatan seperti kencing manis, arthritis, sakit tumit dan lain-lain.

Kasut kesihatan MediFeet ini juga tersangatlah selesa dan tahan lama. Bagi Tuan Puan yang perlu berdiri lama atau banyak berjalan, kasut MediFeet ini sangat sesuai untuk anda. Tuan Puan juga tidak perlu risau tentang kekerapan dalam mengganti kasut baharu, kerana kasut kesihatan MediFeet ini boleh digunapakai sebaiknya selama 2 tahun berturut-turut.

Untuk pengetahuan anda, kasut MediFeet juga menggunakan bahan-bahan yang amat berkualiti tinggi. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah khusus untuk setiap keadaan kesihatan kaki yang tertentu. Apa yang lebih menarik ialah, kasut MediFeet ini sememangnya sesuai dipakai di kawasan beriklim panas. InshaAllah, Tuan Puan tidak akan rimas atau berasa panas dengan kasut MediFeet kami.

Keistimewaan Kasut Kesihatan MediFeet Eimanazz Teluk Intan

Selain itu, kekuatan kasut kesihatan Medifeet ini adalah terletak pada bahagian alas dalam kasut tersebut. Setiap kasut MediFeet kami akan dilapik dengan menggunakan komposit khas yang dikenali sebagai ‘Poron.

Poron’ ini sangat istimewa kerana ia bebas daripada getah dan PVC. Oleh hal yang demikian, ia turut membantu kasut MediFeet kami dalam menepati ciri persekitaran hijau yang berperanan sebagai penyerap tekanan atau beban sehingga memudahkan pergerakan kaki para penggunanya.

Selain ‘Poron‘, di bawah ini juga merupakan antara keistimewaan lain kasut kesihatan MediFeet yang perlu anda tahu:

  • Menyerap kelembapan
  • Kusyen pelapik kasut yang melantun
  • Menyerap tekanan atau beban
  • Rekaan tanpa kelim
  • Teknologi pengawal luka
  • Aegis mikrobe shield

Menarik kan kasut kesihatan MediFeet ini? Paling penting adalah, ciri-ciri istimewa kasut ini tidak akan dapat anda temui di kedai-kedai kasut biasa di luar sana. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kasut kesihatan MediFeet daripada Eimanazz Teluk Intan.

Jenis-jenis Kasut Kesihatan MediFeet Teluk Intan

Kasut kesihatan MediFeet ini mempunyai pelbagai jenis dan design untuk dipilih. Ia sesuai untuk semua golongan umur bermula dari kanak-kanak, warga dewasa, sehinggalah ke golongan warga emas. Boleh dikatakan, seluruh ahli keluarga anda juga sesuai untuk memakai kasut kesihatan MediFeet ini.

Terdapat pelbagai jenis design yang boleh Tuan Puan pilih di kedai kami. Semestinya Tuan Puan akan rambang mata dengan design-design kasut kesihatan MediFeet Teluk Intan ini! Mari kita ketahui antara 6 jenis kategori dan design kasut kesihatan MediFeet ini:

1. Kasut Diebetes

Kasut ini sesuai buat Tuan Puan yang mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis. Dengan penggunaan kasut MediFeet ini, ia boleh membantu melindung, merawat, serta mencegah kaki anda daripada sebarang kesakitan tambahan.

2. Kasut Lelaki

Kasut lelaki ini pula khas untuk para jejaka di luar sana! Tuan-Tuan boleh pakai untuk dibawa bekerja agar kaki sentiasa berasa selesa.

3. Kasut Nurse

Kasut nurse ini sememangnya recommended buat para jururawat di luar sana. Umum mengetahui, pekerjaan sebagai jururawat ini membawa tanggungjawab yang besar dan mereka sememangnya perlu berdiri atau berjalan setiap masa bagi menguruskan pesakit. Oleh itu, dengan pemakaian kasut nurse ini, dapatlah ia membantu para jururawat untuk bertugas tanpa rasa sakit tumit lagi.

  • Kasut Kesihatan Medifeet Teluk Intan

4. Kasut Perempuan

Kasut perempuan ini pula khas untuk para wanita di luar sana! Pelbagai jenis design, warna dan saiz yang boleh anda pilih untuk bergaya di samping menjaga kesihatan.

5. Sandal Lelaki

Sandal lelaki ini sesuai untuk dipakai secara harian sama ada ke shopping mall, mengambil anak pulang sekolah dan sebagainya. Ringkas, tetapi tetap bergaya dan sihat!

6. Sandal Perempuan

Sandal perempuan ini juga sesuai untuk dipakai secara harian. Terutama buat suri rumah, Puan-Puan boleh menggunakan sandal perempuan ini untuk membeli barang dapur, berjalan, ataupun di dalam rumah! Marilah sama-sama kita sihat bersama kasut kesihatan MediFeet.

Lokasi Kasut Kesihatan MediFeet Teluk Intan

Bagi Tuan Puan yang tinggal di Teluk Intan, Perak dan disekitarnya, anda boleh terus ke kedai kasut kesihatan MediFeet di, No 13, Tingkat Bawah Pusat Komersial Sentral Intan, Jalan Pasar, 36000 Teluk Intan, Perak.

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.