‘Kaum Adam’ sememangnya dikenali dengan kerja-kerja yang berat dan memenatkan. Terutama, mereka yang bekerja secara aktif dan berjam-jam lamanya pada setiap hari, pasti akan datangnya rasa sakit dan ketidakselesaan pada bahagian kaki tanpa disedari. Disebabkan itulah, para lelaki perlu untuk menjaga kesihatan kaki dengan penggunaan kasut yang betul.

Seperti biasa, apabila sakit kaki mulai mengganggu kebolehan seseorang individu ketika bekerja, ia sekali gus akan menghalang kita daripada melakukan aktiviti harian secara produktif. Oleh itu, terbuktilah bahawa penjagaan kesihatan kaki untuk lelaki juga amat penting, sama seperti wanita.

Jadi, jom ikuti perkongsian kami tentang kasut kesihatan untuk lelaki pada kali ini. Perkongsian ini adalah khas dan khusus buat para jejaka yang sayangkan dan pentingkan kesihatan kaki sahaja ya! Sebarang info lanjut tentang kasut kesihatan untuk wanita pula, anda boleh baca di sini.

kasut kesihatan untuk lelaki

Adakah anda perasan bahawa setiap kali kaki mulai berasa sakit setelah beraktiviti, kita sering menyalahkan aktiviti tersebut, bahkan kawasan persekitarannya? Kita juga lebih cenderung untuk mengabaikan item yang secara langsung berkaitan dengan keadaan tersebut, iaitu jenis kasut yang digunapakai untuk beraktiviti.

Kebanyakan masa, kesakitan yang dirasai pada bahagian kaki selepas beraktiviti ini adalah disebabkan oleh penggunaan kasut yang tidak bersesuaian. Namun anda jangan risau, kerana penyelesaiannya agak mudah!

Mulakan dengan memperhatikan kasut yang berada di kaki anda. Kemungkinan besar ia terlalu kecil dan sempit, penggunaannya tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan, ataupun ia tidak direka dengan ciri-ciri yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada sebarang kesakitan.

Sebab itu kami ungkapkan betapa pentingnya kasut kesihatan untuk lelaki ini, agar anda dapat menjaga kesihatan kaki di samping bergaya, beraktiviti dan bekerja keras.

“Mengapa Kaki Abang Sentiasa Sakit? | Kasut Kesihatan Untuk Lelaki

Terdapat beberapa sebab mengapa kasut semasa anda tidak memberikan keselesaan yang diperlukan untuk hari-hari yang panjang. Antaranya ialah:

  • Kasut melentur terlalu banyak, atau tidak di tempat yang betul. Jika anda boleh memulas atau melentur kasut melebihi 90 darjah, ia mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi dan tidak sesuai untuk digunakan dalam penjagaan kesihatan kaki untuk lelaki mahupun wanita.
  • Kasut tidak mempunyai alas kaki ortotik. Untuk pengetahuan anda, hanya kasut yang mempunyai insole ortopedik akan menyokong kaki dengan betul, dari segi sokongan lengkungan yang baik dan melegakan tekanan yang mungkin menyakitkan pada kaki. Sisipan ortotik pula akan menyelaraskan badan dan membantu anda berdiri dan berjalan tanpa membuat pergelangan kaki dan kaki anda melucut ke dalam.
  • Bahagian atas kasut yang diperbuat daripada bahan yang tidak mampu menahan kaki pada tempatnya. Hal ini akan membataskan peregangan kaki dan hanya akan menambah tekanan sehingga mendatangkan ketidakselesaan, kesakitan dan masalah kaki yang berpotensi.
  • Kelebaran kasut yang sempit dan berbentuk runcing. Hal ini akan menjejalkan jari kaki anda ke dalam ruang yang terlalu kecil, serta menambah tekanan pada bahagian kaki. Ia boleh menyebabkan bunion, hammertoes, serta gejala ‘jagung dan kapalan‘, di samping memburukkan lagi keadaan kesakitan kaki sedia ada.

Kasut MediFeet, Kasut Kesihatan Untuk Lelaki

Sokongan ortotik adalah penting dalam melindungi kaki anda setelah berdiri atau bergerak selama berjam-jam lamanya. Dengan adanya insole orthotic, ia dapat menyokong lengkungan, buaian tumit dan memberikan peluang terbaik untuk mengekalkan kaki anda supaya lebih sejajar ke seluruh badan.

Penggunaan insole orthotic ini juga boleh menjamin kesesuaian yang lebih selesa buat anda, dan yang paling penting ialah, ia akan menghalang sebarang kecederaan atau kesakitan baharu pada kaki daripada berkembang. Bukan itu sahaja, pemakaian insole orthotic ini juga boleh membantu merawat hal-hal seperti plantar fasciitis, overpronation, bunion, tendonitis achilles, sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggul, sakit belakang dan banyak lagi.

kasut kesihatan untuk lelaki
Antara ciri-ciri yang terdapat pada kasut kesihatan MediFeet untuk lelaki.

Masih tertanya-tanya kasut kesihatan apa yang kami maksudkan ini? Jawapannya mudah sahaja. Kepada para lelaki di luar sana, sekiranya anda ingin mendapatkan kebaikan sebegini, anda boleh dapatkannya melalui kasut kesihatan MediFeet khas untuk lelaki!

Ia adalah pilihan yang paling tepat sekiranya anda sedang mencari kasut kesihatan untuk lelaki. Hal ini kerana, kasut MediFeet merupakan kasut kesihatan yang direka khas untuk lelaki bekerjaya. Di samping mereka dapat memaksimumkan prestasi dan produktiviti kerja dengan lebih baik, mereka juga akan kelihatan segak dan bergaya.

kasut kesihatan untuk lelaki
Pelbagai rekaan untuk para lelaki sesuaikan mengikut aktiviti tertentu

Apa yang lebih istimewa, kasut kesihatan MediFeet untuk lelaki ini juga didatangkan dengan pelbagai jenis model dan reka bentuk. Sememangnya bersesuaian dengan majlis atau aktiviti yang anda akan hadiri. InshaAllah, anda akan tetap tampil kacak, segak dan bergaya walaupun mengenakan kasut kesihatan MediFeet.

Cari Kami di Sini | Kasut Kesihatan MediFeet Untuk Lelaki

Warga Shah Alam ataupun Lembah Klang yang berminat untuk mendapatkan kasut MediFeet ini, anda boleh kunjungi kedai kasut MediFeet Eimanazz Medic Boutique yang beralamat di, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Jangan risau kalau tak jumpa, sebab anda boleh tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Eimanazz Medic Boutique juga mempunyai cawangan Kedai Kasut MediFeet di Teluk Intan, Perak ya! Jadi, anda tidak perlu berjalan jauh merentasi negeri untuk mendapatkan kasut MediFeet ini. Kedai kasut Medifeet di Teluk Intan pula berlokasi di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Anda tidak biasa dengan kawasan Teluk Intan ini? Jangan risau … Tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Jika anda tidak pasti apa yang perlu dicari di kedai nanti, anda boleh terus bertanya kepada staf kami. InshaAllah, mereka juga telah dilatih sebaiknya untuk membantu para lelaki dalam pencarian kasut kesihatan yang selesa dan terbaik.

MediFeet, pilihan yang lebih sihat untuk kasut yang lebih trendy!

Hubungi Team Eimanazz

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi kami di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook kami untuk sebarang update terkini.

Jika anda inginkan lebih banyak artikel info sebegini, anda boleh dapatkan lebih banyak perkongsian kami di laman https://eimanazzmedic.com/.